Thursday 8 March 2018

Menjadi Khadijah Sejati

“Allah tidak pernah memberiku pengganti yang lebih baik daripada Khadijah. Ia beriman kepadaku ketika orang lain kufur. Ia percaya kepadaku ketika orang-orang mendustakanku.
 Ia memberikan hartanya kepadaku ketika tidak ada orang lain yang mau membantuku. 
Dan Allah swt juga menganugerahkan aku anak-anak melalui rahimnya,
 sementara isteri-isteriku yang lain tidak memberiku anak.” 

[Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Thabrani]



Yang bercita-cita menjadi Khadijah sejati 

Khadijah. Nama yang tidak asing lagi kita dengar. Nama yang bergema sejak ribuan tahun yang lalu kerana dialah cinta pertamanya Muhammad saw. Dengan mengintip akhlaq Muhammad saw melalui khadamnya, hati pun mula berbunga. Tanpa banyak serba serbi, lamaran pun terus diutuskan. Begitulah ringkasnya sebuah pernikahan, yang di dalamnya penuh keberkahan.

Khadijah. Dialah sosok usahawan wanita yang berjaya, yang mulia nasabnya, yang tinggi kedudukannya di kalangan masyarakat Mekah. Tetapi semua kesenangan itu berubah setelah sang suami menerima risalah. Dialah yang tetap teguh menjadi sumber ketenangan di saat suaminya sedang gundah gelisah. Dialah yang pertama-tama berikrar menyahut seruan suaminya dengan lafaz syahadah yang mulia. Dialah wanita yang melambangkan sejatinya cinta, ketika mana semua hartanya di infaqkan untuk dakwah suami yang baru bermula. Dialah yang yang layak dikatakan pelengkap separuh agama.

Menjadi Sholehah Itu Perlu Mujahadah

Menjadi Khadijah sejati bererti siap melalui cacian dalam penghijrahan, siap mengorbankan segala harta dan perasaan, siap membela dan mempertahankan perjuangan…ohh betapa mulianya kesabaran dalam keperitan, jika semua itu demi memeluk lebih erat akan cinta Ar-Rahman...

Jadi selama ini sejauh manakah kita bertahan ? Berapa banyakkah keluhan yang telah dikeluarkan ? Atau yang lebih parahnya lagi, adakah kita terfikir untuk terus meluncur laju meninggalkan ? Meninggalkan perjuangan diri untuk menjadi yang terbaik di sisi ilahi…

Bertahanlah, bersabarlah. Sungguh, jalan yang kita tempuh ini takkan pernah mudah. Tidak akan. Tapi ingatlah, di setiap langkah kesabaran, di setiap keringat keletihan, di setiap tangis kesyahduan dan di setiap perasaan yang hanya mampu kita telan, ada Allah yang sedang menyaksikan, ada Allah yang sedia memberikan ganjaran, ada Allah yang sentiasa kuat sebagai sandaran, dan ada Allah yang setia menjadi sumber ketenangan.

Kerana akhirnya menjadi Khadijah itu bermakna menjadi sholehah.

Kerana akhirnya menjadi Khadijah itu bermakna menjadi sebaik-baik perhiasan dunia.

Kerana akhirnya menjadi Khadijah itu bermakna menjadi wanita dunia yang dicemburui para bidadari syurga.

Jom ? 😊

Menjadi Yang Pertama Menyahut Seruan

Mungkin bagi isteri yang biasa-biasa saja, setelah mendengar penjelasan suami mengatakan dia didatangi malaikat Jibril, ianya adalah suatu yang mustahil, mungkin juga akan terus meremehkan si suami, malah akan menyangka suaminya berbohong atau sedang dibuai mimpi. Tapi tidak bagi Khadijah. Kepercayaannya terhadap suami begitu tinggi sekali. Apa pun yang dikatakan, Khadijah yakin ia adalah suatu kebenaran. Betapa mengharukan sekali hubungan suami isteri yang saling mempercayai ini. Setelah saja disampaikan risalah islam buat pertama kalinya, Khadijah terus tanpa ragu melafazkan syahadah yang begitu mulia. Inilah salah satu keunggulan wanita syurga yang satu ini. Dialah yang memiliki keutamaan sebagai yang pertama menyahut seruan.

Bila direnungkan, adakah kita juga sesegera Khadijah dalam menyahut seruan ?

Seruan untuk berprogram mungkin ? Seruan memberikan idea ? Seruan menjadi ahli jawatankuasa ? Seruan mendatangi majlis ilmu ? Seruan berkongsi segala yang kita punya ? Dan seruan-seruan lainnya yang berupa kebaikan.

Secepat apakah kita dalam menyambut seruan-seruan di atas ?

Tidak diragui lagi, dalam cita-cita kita untuk menjadi seorang Khadijah yang sejati, kita perlu menjadi yang terdepan dalam menyahut seruan.

Keluarlah dari keselesaan, berjalanlah mencari dan menyebar kebaikan, tebarkanlah segala yang mampu kita berikan, sertailah apa pun yang mampu kita kerjakan. Asalkan semuanya di atas jalan kebaikan.

Yang Mengorbankan Segalanya


Harta, jiwa, masa, tenaga dan seluruh dari dirinya di infaqkan untuk agama tercinta. Kerana Khadijah yakin dengan perjuangan dakwah yang dibawa oleh suaminya. Kerana keimanan Khadijah adalah keimanan yang nyata benarnya.

Sebanyak manakah yang telah kita infaqkan ?

Sebaik apakah yang telah kita berikan ?

Sungguh, semua yang kita punya, harta, masa, tenaga dan semua dari diri kita akan dipersoalkan.
Perjuangann untuk menjadi seorang Khadijah sejati bererti, memberikan infaq terbaik sebagai usaha pegorbanan untuk agama ini.

Sedikit pun tidak ada yang kita belanjakan melainkan untuk jalan kebenaran.

Sehelai tudung yang kita beli, sebuah buku yang kita baca, sejam dua masa yang kita luangkan, sebaik-baik idea yang kita kongsi, dan sehabis tenaga yang kita curahkan…semua ini, dari sekecil-kecil pemberian hingga ke sebesar-besarnya, seharusnya untuk agama.

Jadi, duhai bakal-bakal Khadijah yang dinantikan…teruskan memberi infaq terbaikmu. Sungguh segala kebaikan akan dibalas dengan kebaikan yang berlipat-lipat kali ganda kepada pemberinya.


Betapa..kehadiran para Khadijah sejati di zaman ini, amat dinanti :’) 




Mekarlah menjadi yang sholehah dalam keadaan apa pun








Tuesday 6 March 2018

Abu Bakr dan Umar Yang Kini



بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم



“Rasululllah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami pada suatu hari untuk bershadaqah, dan waktu 

itu aku tengah memiliki sejumlah harta, maka aku berkata, ‘Kalau ada satu hari dimana aku bisa mengalahkan

Abu Bakr, inilah harinya”. Maka aku datang dengan membawa separuh dari hartaku, maka 

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Apa yang engkau nafkahkan kepada keluargamu?’, aku 

jawab, ‘Sejumlah itu (karena beliau membagi separuh hartanya)’. Kemudian datang Abu Bakar radhiyallaahu 

‘anhu membawa semua yang ia miliki, dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bertanya, ‘Apa yang engkau 

sisakan untuk keluargamu?’, Abu Bakar menjawab, ‘Aku tinggalkan untuk mereka, Allah dan Rasul-Nya’. Aku 

pun berkata, ‘Tidak akan pernah aku mengalahkan Abu Bakar selama-lamanya'”.

 (Sunan Abi Daud 2/312 dan 313, no. 1678)


MEMPERSEMBAHKAN AMALAN TERBAIK

Bagi Abu Bakr dan Umar, infaq mereka yang diberikan untuk perang Tabuk ini adalah yang terbaik yang dapat mereka korbankan. Tapi ada perbezaan kuantiti bagi keduanya..bagi Abu Bakr yang terbaik adalah kesemua hartanya, bagi Umar pula yang terbaik adalah separuh dari hartanya.

Kedua infaq tersebut sama hebatnya, hanya yang dapat berlapang dada, yang langsung tak punya cinta untuk dunia dan yang benar-benar mengejar redha Allah lah yang dapat berinfaq sedemikian rupa..

Amat penting untuk kita sedari, bahawa amalan yang termampu dan terbaik bagi setiap diri kita adalah berbeza-beza. Mungkin di antara kita ada yang mampu membaca Quran 1 juz sehari, tapi jangan di lupa juga, ada yang hanya mampu membaca sekeping mukasurat sehari.

Berilah masa bagi mereka yang baru hendak bermula, sebarkanlah semangat buat mereka yang masih ragu untuk mencoba.

Peranan kita bukan untuk menghakimi atau membanding-bandingkan. Kerana sekali lagi ditekankan, amalan yang termampu dan terbaik bagi setiap diri kita adalah berbeza-beza.

Tugas kita hanyalah untuk terus-menerus memperbaiki dan mempersembahkan amalan terbaik kita. Kuantiti dan juga kualiti.
Dari dua rakaat dhuha berubah menjadi empat rakaat. Dari sekadar hafal bacaannya berubah menjadi faham tafsirannya. Dari membaca komik superhero berubah menjadi membaca buku sejarah para sahabat.

Slowly but surely. It will take time, but indeed Allah is The All Knowing of every effort that we make to get closer to Him. Stay firm and just carry on with your own pace.


The day i found my Khalid



SAHABAT, INSPIRASI TERDEKAT

Pernahkah kita merasa saling cemburu jika sahabat lain berbuat lebih banyak kebaikan dari diri sendiri ? Subhanallah, betapa perlombaan seperti ini amat digalakkan dalam agama.

Bersyukurlah jika kita punya sahabat yang dapat membersamai dalam kebaikan. Yang apabila kita lalai, dia ada untuk menyedarkan, yang membuat kita tak senang duduk berdiam diri kerana melihatnya terus menerus berkontribusi.

Menjadi Abu Bakr dan Umar di zaman ini, betapa indahnya. Di saat yang lain mengejar dunia, kita sibuk mengutip bekal untuk akhirat sana.

Jika kita lihat di sekeliling kita, perhatikanlah satu persatu sahabat yang sering menjadi pendamping diri. Bagaimanakah mereka dengan amalan masing-masing ? Adakah kita masih jauh ketinggalan ? Kalau itulah realitinya, bukankah sudah tiba masanya kita bangkit mengejar kebaikan yang telah lama kita biarkan ?

Tetapi jika kitalah sahabat yang maju di depan, teruskan berjalan, sambil berpegang tangan dengan sahabat seperjuangan. Ianya adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membawa mereka bersama, alangkah lebih menyeronokkan sesuatu yang dibuat dengan kebersamaan penuh cinta ?

Menggenggam erat tangan si sholehah
(aka Harun ku)
Sahabat kita adalah salah satu sumber semangat dalam beramal,
tanpa mereka, mungkin saja kita menjadi lesu untuk keluar menebar manfaat,
tanpa mereka, mungkin saja kita jemu tak mendapat sokongan yang di perlu,
tanpa mereka, mungkin saja perjuangan ini hambar tak dihiasi manisnya ukhuwah.

Jadi, ianya adalah suatu keperluan untuk mencontohi para sahabat yang mendahului kita di atas perjuangan agama ini. Kerana perjuangan ini mustahil untuk dijalani sendiri.
Teruskanlah mencari dan menjadi inspirasi.
Layaknya seorang Umar, yang melihat sahabat, sebagai inspirasi terdekat.

Sebelum berundur diri, marilah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 148:

"Maka berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan di mana sahaja kamu berada, pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." 

They say the beginning is always the hardest, but it is our choice to choose between "day one" or "one day"...


And lastly, have you found your Abu Bakr ? :)


I have found mine.
Sincerely, your Umar.